Majlis Perkahwinan Fahmi & Ina, Ampangan, Negeri Sembilan

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture, wedding | Sunday 27 March 2011 10:02 am

Ini adalah gambar untuk sessi outdoor petang semalam. Jika tidak silap, bangunan putih ini adalah bangunan perpustakaan lama. Lokasi ini sering menjadi tumpuan pengantin sekitar bandar Seremban mengabadikan gambar perkahwinan mereka. Tidak hairanlah semasa saya sedang mengambil gambar ini, ada lagi 2 jurugambar yang sedang mengambil gambar pelanggan mereka pada masa yang sama. Melalui pemerhatian saya… semalam sahaja, ada 4-5 jurugambar perkahwinan… berada disini, termasuk saya :-)

UPDATED : Maza & Hafiz Wedding, Labohan Dagang, Banting.

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture, wedding | Thursday 24 February 2011 11:28 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, album perkahwinan maza & hafiz telah siap dan telah diserahkan. Kepada maza & hafiz, terima kasih atas kepercayaan, kerjasama dan kesabaran sepanjang bersama shaiful safar photography. Semoga dengan penghasilan foto dan album ini, ianya dijadikan suatu kenangan paling indah buat anda berdua, yang sememangnya tidak dapat dibeli dan ditukarganti, ia hanya sekali.
Tahniah dan selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Saya mendoakan kesejahteraan anda berdua serta ahli keluarga kedua-duanya. Terima kasih sekali lagi, maaf zahir dan batin.

::Majlis Perkahwinan 1.1.11 Maza & Hafiz, Labohan Dagang, Banting::

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture, wedding | Saturday 1 January 2011 6:04 pm

Salam kepada semua,

Alhamdulillah kita baru sahaja menjengah masuk ketahun baru 2011.. pastinya antara kita telah menyemai azam untuk 2011 dan tak kurang juga just carry forward azam tahun 2010 yang masih belum tercapai. Apa jua azam, cita-cita dan keinginan kita semua… mudah-mudahan ianya dapat dicapai dalam tahun 2011 dan juga tahun-tahun mendatang.

Hari ini, 1.11.2011 @ lebih cantik jika diringkaskan.. 1.1.11. Tarikh yang cantik dan sesuai untuk melakar sejarah.. kerana ia mudah diingati. Tahun 2011 ni… akan ade 3 lagi tarikh yang cantik untuk dipilih… 11.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11.

So… rebut segera tarikh yang HOT ni segera…. biasanya pada tarikh-tarikh sebegini… photographer majlis menjadi rebutan… tak kira lah majlis apa pun… dari majlis bertunang, nikah hinggalah majlis bersanding…. majlis cukur jambul dan majlis yang seumpamanya, kenangannya hanya boleh diceritakan dan diimbau pada masa akan datang melalui gambar yang dirakamkan pada hari bersejarah tersebut…

Hari ini giliran Maza dan Hafiz melakar sejarah… mereka berdua telah selamat diijabqabulkan pada pagi 1.1.11. Semoga pertalian suci pasangan ini berkekalan hingga keakhir hayat… InsyaAllah.

Layan dulu gambar yang sekeping nih…. :-)

PROMOSI FOTOGRAFI 2011 masih dibuka… sila hubungi saya untuk menempah slot dan tarikh majlis anda.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011…

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com
YM : shaifulsafar

Salam Aidilfitri dari shaifulsafar.com

Posted by shaifulsafar | corat-coret, moments | Wednesday 8 September 2010 1:38 am

Updated : Abd Aziz | Norshida Wedding @ Seremban 2

Posted by shaifulsafar | djariartz, moments, portraiture, wedding | Thursday 1 April 2010 7:32 am

teaser: abd aziz | noorshida wedding @ taman rasah kemayan, seremban.

Posted by shaifulsafar | Uncategorized, animal, corat-coret, djariartz, moments, portraiture, wedding | Sunday 3 January 2010 3:26 am

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

gambar anak-anak kita

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Thursday 3 December 2009 11:25 am

salam sejahtera…

alangkah bertuahnya anak2 kita hari ini kerana ibu dan ayah (tak semua!) mula sedar untuk capture gambar anak mereka sejak kecil untuk diabadikan dalam bentuk digital ataupun album foto. aku, sampai ke hari ni… tak pernah tengok gambar aku masa baru lahir. aku hanya dapat tengok gambar aku sejak umur 3 tahun jer… itu pun gambar yang pakcik2 aku snapkan… bukan dari kamera abah aku sendiri. sedih juga… tapi aku tak kecil hati sebab aku tau, abah aku tak punya minat semacam aku… dan tentu sekali dia lebih suka diambil gambarnya dari mengambil gambar orang lain… :-D

berbeza dengan aku, bersyukur juga mempunyai minat dalam fotografi nih…. dapat juga aku abadikan gambar anak2 aku sejak baru lahir sampai la ke hari ni… walaupun bukan selalu aku ambil gambar mereka… tapi sesekali kalau aku pegang kamera dirumah… pasti anak menjadi subjek utama untuk aku ambil gambarnya….

sekarang ni aku dalam proses untuk kumpulkan semua gambar2 terbaik (actually gambar yang aku suka) anak-anak aku yang aku shoot untuk di’compile’ menjadi sebuah photobook/magazine… untuk tatapan mereka pada masa akan datang. dah siap nanti aku akan publish disini untuk korang review hasilnya….

kat sini aku kongsikan gambar (no editing) anak-anak aku yang terkini…

ni yang bongsu, shakir - berusia 9 bulan….

ni kakak shakir, auni - 2 tahun 9 bulan…

p/s: kawan-kawan yang sama minat dengan aku… boleh la share tips untuk shoot kids dengan lebih baik lagi…. then parents yang rasa-rasa nak aku abadikan gambar anak-anaknya boleh call aku dari sekarang… insyaAllah next year aku akan buat kids photography selain wedding photography… cheers!

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

PRECIOUS MOMENTS minibook

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Friday 9 October 2009 11:26 am

SALAM AIDILFITRI dan selamat sejahtera,

Sekian lama aku tak update blog ni, sebab terlalu sibuk… hari ni aku just nak share the latest product under PRECIOUS MOMENTS label…. dan dengan keluarnya entry ini, maka secara rasminya product ini akan ditawarkan kepada mereka yang berminat nak buat photoshoot dan juga album berkonsep sebegini.

Minibook ini sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah album yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana2… saiznya adalah 8 x 7 inci… 22 muka surat.

Ditujukan kepada yang suka bergambar secara solo, berkumpulan, sama ada bersama keluarga, classmate, officemate, masa konvokesyen, suka-suki & dan suka kepada outdoor potraiture… ini adalah antara yang anda boleh pilih… kalau nak tau harga dan dapatkan BEST PRICE…. call aku ditalian 0192754974….

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

PRECIOUS MOMENTS by shaifulsafar

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Monday 3 August 2009 1:02 pm

Salam sejahtera buat bloggers & readers….

Tentu ada yang tertanya apesal la website shaifulsafar.com tu di’redirect’kan kesini…. actually website tu tengah dalam proses updating… that’s why aku redirectkan kesini dulu…. tapi PRECIOUS MOMENTS tu ape?… actually tak de apa2 sangat… ia cuma sebagai satu trade mark… dan sebahagian dari perancangan aku untuk lebih mengambil gambar2 moments & portraiture.

Untuk makluman juga…kalau dulu orang kenal aku dengan warnadigital.com… tapi sekarang warnadigital tu hanya tinggal fotopages sahaja… yang .com memang aku tak renew… sebab nak fokus kat 1 sahaja…. iaitu www.shaifulsafar.com