salam sejahtera…
alangkah bertuahnya anak2 kita hari ini kerana ibu dan ayah (tak semua!) mula sedar untuk capture gambar anak mereka sejak kecil untuk diabadikan dalam bentuk digital ataupun album foto. aku, sampai ke hari ni… tak pernah tengok gambar aku masa baru lahir. aku hanya dapat tengok gambar aku sejak umur 3 tahun jer… itu pun gambar yang pakcik2 aku snapkan… bukan dari kamera abah aku sendiri. sedih juga… tapi aku tak kecil hati sebab aku tau, abah aku tak punya minat semacam aku… dan tentu sekali dia lebih suka diambil gambarnya dari mengambil gambar orang lain…
berbeza dengan aku, bersyukur juga mempunyai minat dalam fotografi nih…. dapat juga aku abadikan gambar anak2 aku sejak baru lahir sampai la ke hari ni… walaupun bukan selalu aku ambil gambar mereka… tapi sesekali kalau aku pegang kamera dirumah… pasti anak menjadi subjek utama untuk aku ambil gambarnya….
sekarang ni aku dalam proses untuk kumpulkan semua gambar2 terbaik (actually gambar yang aku suka) anak-anak aku yang aku shoot untuk di’compile’ menjadi sebuah photobook/magazine… untuk tatapan mereka pada masa akan datang. dah siap nanti aku akan publish disini untuk korang review hasilnya….
kat sini aku kongsikan gambar (no editing) anak-anak aku yang terkini…
ni yang bongsu, shakir - berusia 9 bulan….

ni kakak shakir, auni - 2 tahun 9 bulan…

p/s: kawan-kawan yang sama minat dengan aku… boleh la share tips untuk shoot kids dengan lebih baik lagi…. then parents yang rasa-rasa nak aku abadikan gambar anak-anaknya boleh call aku dari sekarang… insyaAllah next year aku akan buat kids photography selain wedding photography… cheers!
Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar