Teaser : Noraisah & Amzari Wedding, Kg. Sg. Jai, Beranang.

Posted by shaifulsafar | portraiture, wedding | Tuesday 22 December 2009 4:37 pm

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

gambar anak-anak kita

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Thursday 3 December 2009 11:25 am

salam sejahtera…

alangkah bertuahnya anak2 kita hari ini kerana ibu dan ayah (tak semua!) mula sedar untuk capture gambar anak mereka sejak kecil untuk diabadikan dalam bentuk digital ataupun album foto. aku, sampai ke hari ni… tak pernah tengok gambar aku masa baru lahir. aku hanya dapat tengok gambar aku sejak umur 3 tahun jer… itu pun gambar yang pakcik2 aku snapkan… bukan dari kamera abah aku sendiri. sedih juga… tapi aku tak kecil hati sebab aku tau, abah aku tak punya minat semacam aku… dan tentu sekali dia lebih suka diambil gambarnya dari mengambil gambar orang lain… :-D

berbeza dengan aku, bersyukur juga mempunyai minat dalam fotografi nih…. dapat juga aku abadikan gambar anak2 aku sejak baru lahir sampai la ke hari ni… walaupun bukan selalu aku ambil gambar mereka… tapi sesekali kalau aku pegang kamera dirumah… pasti anak menjadi subjek utama untuk aku ambil gambarnya….

sekarang ni aku dalam proses untuk kumpulkan semua gambar2 terbaik (actually gambar yang aku suka) anak-anak aku yang aku shoot untuk di’compile’ menjadi sebuah photobook/magazine… untuk tatapan mereka pada masa akan datang. dah siap nanti aku akan publish disini untuk korang review hasilnya….

kat sini aku kongsikan gambar (no editing) anak-anak aku yang terkini…

ni yang bongsu, shakir - berusia 9 bulan….

ni kakak shakir, auni - 2 tahun 9 bulan…

p/s: kawan-kawan yang sama minat dengan aku… boleh la share tips untuk shoot kids dengan lebih baik lagi…. then parents yang rasa-rasa nak aku abadikan gambar anak-anaknya boleh call aku dari sekarang… insyaAllah next year aku akan buat kids photography selain wedding photography… cheers!

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

Enhanced photos

Posted by shaifulsafar | Others | Monday 16 November 2009 11:51 am

#1. UPM Serdang.

#2. Cameron Highland, Pahang, MALAYSIA

#3. THISLE RESORT (GUOMAN), Port Dickson, MALAYSIA.

#4. Nurul Safwah Wedding Ceremony.

#5. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, MALAYSIA.

p/s: aku nak bagi 1 album free untuk bakal customer 2010…. :-)

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar




Edited/Enhanced photos

Posted by shaifulsafar | Others | Thursday 12 November 2009 1:05 pm

Salam buat semua,

kali ni aku sajer nak share beberapa keping gambar yang aku edit… just minor edit jer. gambar asal ade disertakan bagi tujuan perbandingan.

Nak share dengan kawan2… kadang2 dalam banyak2 gambar yang kita shoot… ade gambar yang underexposed sebab silap setting aparture atau flash tak cukup power pasal bateri dah low.. recyle lambat… tapi kene pulak time tu la moment best… angle pun ok… cuma gambar je yang tak terang… so, kalau nak jugak guna gambar tu… kene usaha la macam mana nak bagi ok…

OK…tools yang aku gunakan ialah kombinasi adobe photoshop CS3 extended, lucis art dan dynamic photo HDR…

#1.

GAMBAR ASAL - underexposed.

SELEPAS DIEDIT

*kredit kepada peveyhack, sebab gambar ni aku shoot masa follow dia shoot wedding kat ampang.

#2.

GAMBAR ASAL - underexposed.

SELEPAS DIEDIT

*gambar ni kawan aku mintak tolong editkan untuk album dia. so… aku tak kenal photographer gambar nih. apa2 pun aku mintak izin dengan photographer asal (jika ada) untuk guna gambar ni sebagai contoh… gambor canon 350D nih…

#3.

GAMBAR ASAL

SELEPAS DIEDIT

* gambar ni aku shoot sendiri… time tengahari… gambar asal agak over exposed sikit… tak nampak detail, kaler pun biasa2 jer… just edit utk nampakkan detail2 pada air pancut, lantai dan subjek.

Sekian sahaja perkongsian kali ini.

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar




PRECIOUS MOMENTS minibook

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Friday 9 October 2009 11:26 am

SALAM AIDILFITRI dan selamat sejahtera,

Sekian lama aku tak update blog ni, sebab terlalu sibuk… hari ni aku just nak share the latest product under PRECIOUS MOMENTS label…. dan dengan keluarnya entry ini, maka secara rasminya product ini akan ditawarkan kepada mereka yang berminat nak buat photoshoot dan juga album berkonsep sebegini.

Minibook ini sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah album yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana2… saiznya adalah 8 x 7 inci… 22 muka surat.

Ditujukan kepada yang suka bergambar secara solo, berkumpulan, sama ada bersama keluarga, classmate, officemate, masa konvokesyen, suka-suki & dan suka kepada outdoor potraiture… ini adalah antara yang anda boleh pilih… kalau nak tau harga dan dapatkan BEST PRICE…. call aku ditalian 0192754974….

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

SALAM AIDILFITRI

Posted by shaifulsafar | Uncategorized | Friday 18 September 2009 12:10 pm

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

Teaser - Nurul Jannah & Mohd Nazri Wedding, Hulu Langat.

Posted by shaifulsafar | portraiture, wedding | Thursday 3 September 2009 12:59 pm

Majlis perkahwinan Noor Azmir & Putri Nur Farizah, Port Dickson.

Posted by shaifulsafar | portraiture, wedding | Wednesday 19 August 2009 11:05 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

gambar-gambar kali ni adalah dari majlis bertandang noor azmir yang berlangsung di kg. air meleleh, port dickson pada 25 julai yang lalu. azmir adalah antara klien yang sempoi dan penuh percaya… deal over SMS jer… then dia terus bank in deposit. thanks ya azmir atas kepercayaan…

buat azmir & putri izah…. SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga ikatan ini sentiasa dirahmati dan diberkatiNya…. nampaknya tak de rezeki nak jumpa untuk serah gambar ya… hehe.. tak pe lah, mungkin terlalu sibuk… hope anda berdua puas hati dengan gambar-gambar ni ya…

bloggers and viewers… enjoy this pics…

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

Updated: Muhammad Jimmy & Rozilawati wedding

Posted by shaifulsafar | portraiture, wedding | Friday 14 August 2009 9:31 am

Salam buat semua,

kali ni aku nak upload gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan jimmy & rozi yang telah berlangsung di seri kembangan pada 7/6/2009…. haha.. hari ni baru nak upload gambo?… mmg biasanya aku akan upload gambo2 selepas client amik album. album jimmy dah diserahkan pada hari ahad yang lepas dirumahnya. tapi terkilan jugak la aku tak dapat nak face to face dengan jimmy & rozi untuk serah album tu.

Untuk jimmy & rozi, terima kasih banyak2 atas kerjasama yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. semoga ikatan ini berkekalan buat selamanya, InsyaAllah.

Oh ya… semalam balik2 dari pejabat, wife aku terus bagitau yang ustaz asri (kumpulan rabbani) telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. aku pasti jimmy antara yang terasa sangat akan pemergian Allahyarham ustaz asri sebab sebelum ni jimmy pernah bertugas di Rabbani Production… aku sebagai peminat lagu2 nasyid dan juga kumpulan rabbani, menyeru.. marilah kita sama-sama doakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah yang telah banyak menyumbang dalam industri hiburan berunsurkan dakwah… semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

jom layan gambar2 nih…. hari ni aku rajin… so aku upload lebih sikit… ekekeke…

Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar

PRECIOUS MOMENTS by shaifulsafar

Posted by shaifulsafar | moments, portraiture | Monday 3 August 2009 1:02 pm

Salam sejahtera buat bloggers & readers….

Tentu ada yang tertanya apesal la website shaifulsafar.com tu di’redirect’kan kesini…. actually website tu tengah dalam proses updating… that’s why aku redirectkan kesini dulu…. tapi PRECIOUS MOMENTS tu ape?… actually tak de apa2 sangat… ia cuma sebagai satu trade mark… dan sebahagian dari perancangan aku untuk lebih mengambil gambar2 moments & portraiture.

Untuk makluman juga…kalau dulu orang kenal aku dengan warnadigital.com… tapi sekarang warnadigital tu hanya tinggal fotopages sahaja… yang .com memang aku tak renew… sebab nak fokus kat 1 sahaja…. iaitu www.shaifulsafar.com

Next Page »