Perkahwinan Normasrizaudin & Haslinda, Felda Sungai Buaya, Rawang


Ini adalah gambar untuk sessi outdoor petang semalam. Jika tidak silap, bangunan putih ini adalah bangunan perpustakaan lama. Lokasi ini sering menjadi tumpuan pengantin sekitar bandar Seremban mengabadikan gambar perkahwinan mereka. Tidak hairanlah semasa saya sedang mengambil gambar ini, ada lagi 2 jurugambar yang sedang mengambil gambar pelanggan mereka pada masa yang sama. Melalui pemerhatian saya… semalam sahaja, ada 4-5 jurugambar perkahwinan… berada disini, termasuk saya

Task pada 11 & 12 Mac 2011 telah berlangsung di Kuala Pilah. Saya ditemani oleh En. Ajip TheCrew sepanjang 2 hari tersebut. Tak lah boring sangat kalau pergi ambil gambar berteman nih… disamping tu boleh sharing knowledge dan cerita masing2.
Apa yang saya nak kongsikan disini ialah betapa seronok dan bertuahnya dapat cover majlis perkahwinan negeri sembilan yang masih mengekalkan adat yang saya sendiri tidak pernah lihat sebelum ini, antaranya ialah pengantin diarak menaiki tandu… nak tengok rupa tandu tu boleh google.. kalau nak tengok gambar pengantin naik tandu yang saya ambil kene jenguk blog ni selalu… hehehe..
Lokasi untuk sessi outdoor juga terlalu banyak… cuma masa jer tak mengizinkan. Kalau di KL kita kene pergi ke lake garden atau hutan FRIM untuk dapatkan suasana hijau… tetapi kat sini, shoot dekat-dekat area rumah pun dah cantik. Walaubagaimanapun saya puas dan seronok dapat shoot di Kuala Pilah… InsyaAllah, jika diberi peluang… saya pasti tidak akan menolak untuk bertandang kesana lagi…
p/s: maaf, saya bukan berasal dari negeri sembilan. saya orang selangor. cuma bermustautin dinegeri sembilan. oleh kerana itu saya tak reti nak bertutur dalam loghat negeri sembilan… cuma kadang2 “den torai” jugak la cakap…. tapi slang jawa tu tak bleh ilang… hehehe…
salam hormat,
shaifulsafar@gmail.com
0192754974
Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Date : Monday, 31st January 2011
Venue : Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
After several years of this tournament held in Malaysia, this is my first time to watch it live. I take this opportunity because the end of the event was held near my residence in Mantin, Negeri Sembilan.
Next year, I hope that this route will maintained. I intend to take a pictures from a different angle. I have identified several locations for taking pictures of this tournament next year.









Salam kepada semua,
Alhamdulillah kita baru sahaja menjengah masuk ketahun baru 2011.. pastinya antara kita telah menyemai azam untuk 2011 dan tak kurang juga just carry forward azam tahun 2010 yang masih belum tercapai. Apa jua azam, cita-cita dan keinginan kita semua… mudah-mudahan ianya dapat dicapai dalam tahun 2011 dan juga tahun-tahun mendatang.
Hari ini, 1.11.2011 @ lebih cantik jika diringkaskan.. 1.1.11. Tarikh yang cantik dan sesuai untuk melakar sejarah.. kerana ia mudah diingati. Tahun 2011 ni… akan ade 3 lagi tarikh yang cantik untuk dipilih… 11.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11.
So… rebut segera tarikh yang HOT ni segera…. biasanya pada tarikh-tarikh sebegini… photographer majlis menjadi rebutan… tak kira lah majlis apa pun… dari majlis bertunang, nikah hinggalah majlis bersanding…. majlis cukur jambul dan majlis yang seumpamanya, kenangannya hanya boleh diceritakan dan diimbau pada masa akan datang melalui gambar yang dirakamkan pada hari bersejarah tersebut…
Hari ini giliran Maza dan Hafiz melakar sejarah… mereka berdua telah selamat diijabqabulkan pada pagi 1.1.11. Semoga pertalian suci pasangan ini berkekalan hingga keakhir hayat… InsyaAllah.
Layan dulu gambar yang sekeping nih….

PROMOSI FOTOGRAFI 2011 masih dibuka… sila hubungi saya untuk menempah slot dan tarikh majlis anda.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011…
Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaifulsafar@gmail.com
YM : shaifulsafar