Archive for April, 2009

Semalam aku berkesempatan join outing yang dianjurkan oleh Adhadi & Photoskool. serius… memang dah lama sangat aku tak datang zoo negara. rasanya sejak aku sekolah tadika kot.

outing yang santai… dan penyertaan yang sangat ramai, bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.45 tengahari sebelum berangkat ke NZ wangsa maju untuk makan tengahari.

Sebelum ni aku memang tak pernah lagi shoot binatang dan tak tau pun apa yang kene ade pada gambar2 binatang. untuk kali ni aku just cuba praktikkan apa yang aku baca sedikit dari majalah DCM tahun 2007…. tentang bagaimana cara untuk menjadi wildlife photographer…. dengan sedikit nota tu la aku gunakan untuk mengambil gambar2 binatang nih. walaupun kebiasanya wildlife photographer menggunakan tele lens 300mm… aku cuma guna apa yang ada… 80-200mm je. pun boleh….hmmm..

OK… layan la gambar binatang2 yang comel nih…. :-)

Banjir

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cerita pasal banjir ni memang tak asing bagi aku. yang mana sejak zaman sekolah sampai la kehari ni, boleh dikatakan lebih dari 5 kali kawasan kampung dan rumah aku dinaiki air. cuma yang lainnya pada kali ni, ia berlaku pada bulan april dan ianya agak teruk dalam sejarah. kalau yang sebelum-sebelum ni kebiasaannya ia berlaku pada hujung tahun. puncanya? ade dengar-dengar kabar yang mengatakan banjir kali berpunca dari benteng sungai langat yang pecah. hmmm… entahlah… kebetulan sekarang ni pun memang tgh musim hujan… wallahua’lam.

Meh tengok gambar yang aku amik semalam… iaitu hari ketiga banjir dikampung aku….










Hai semua….

Aku dah lama sangat tak menjejak kaki ke litar sepang, rasanya kali terakhir tahun 2003 atau 2004… tak ingat la. masa tu aku dapat tgk F1 kat hill stand je… tu pun dapat tiket free DUNHILL kasi. kelazimannya setiap tahun MAHB mmg ade provide tiket F1 free utk staff. tapi limited la. setakat hari ni aku mmg tak pernah masuk tgk F1 guna tiket free tu. HUhuhuh….kali ni aku beli tiket ke?… tak jugak… pandai2 la… :-)

Kali ni aku nak share beberapa keping gambar yang aku shoot hari sabtu yang lepas di litar antarabangsa sepang. berdesing telinga weh…


SHAIFUL SAFAR PHOTOGRAPHY (001804177-D)
Call @ Es Em Es : 019-2754974
Official website : http://www.shaifulsafar.com
Photoblog : http://blog.shaifulsafar.com
Email : shaiful@shaifulsafar.com / shaifulsafar@yahoo.com.my
YM : shaifulsafar